SHARE
Vol 1, No 1 (2012)

Prinsip dan kriteria periklanan dari perspektif Islam

Kesuma, Teuku Meldi (Unknown)



Article Info

Publish Date
30 Jun 2012

Abstract

Periklanan dalam memasarkan produk-produk Islam harus diyakini dan di pahami merupakan bahagian penting dalam pemasaran yang berdasarkan Islam yang tidak boleh dipisahkan. Tulisan ini mengkaji prinsip-prinsip dan kriteria periklanan dalam perspektif Islam. Hal ini disebabkan semakin ramai dan tingginya pertumbuhan perusahaan dan institusi yang berlandaskan nilai-nilai Islam seperti institusi keuangan Islam yang mempromosikan produk dan perkhidmatannya kepada orang ramai. Persoalan penting yang dibahas dalam kertas kerja ini adalah bagaimanakah bentuk konsep, prinsip dan kriteria periklanan Islam yang sebenarnya? Oleh itu tujuan kertas kerja ini ialah membina satu konsep periklanan dari perspektif Islam dan untuk mengenal pasti apakah prinsip-prinsip serta kriteria yang sepatutnya ada dalam periklanan Islam. Metodologi kajian yang digunakan dalam kertas kerja ini adalah kaidah kepustakaan dengan menggunakan analisis kandungan. Kajian ini dijangkakan dapat membentuk konsep periklanan dalam perspektif Islam dari segi prinsip dan kriterianya. Kata Kunci: Periklanan, Perspektif Islam

Copyrights © 2012